Jual madu kelulut masuk tabung asnaf
Iklan
Fazliyaton memeriksa rumah kelulut selepas lebih dua bulan ia dipasang.
BACHOK - Seorang peniaga sanggup menternak kelulut di halaman rumah untuk mendapatkan dana bagi mengisi tabung yang ditubuhkan bagi membantu golongan memerlukan.
Fazliyaton Daud, 57, berkata, usaha dilakukan sejak setahun lalu itu kini menghasilkan 79 rumah kelulut termasuk 48 yang sudah matang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, rumah kelulut yang diletakkan di halaman rumah seluas lebih 0.4 hektar itu kini sudah mendatangkan hasil dan 100 peratus dimanfaatkan kepada golongan yang memerlukan.
"Bagi menjimatkan kos, saya meminta suami membina rumah kelulut menggunakan kayu dan ada yang terpakai manakala tiangnya hanya pokok kelapa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Iklan
Fazliyaton menyedut madu kelulut menggunakan alat khas.
Jelasnya, memikirkan ramai golongan miskin yang perlu dibantu, dia mencari idea untuk mengumpul dana sendiri.
Berkongsi idea memelihara kelulut, kata Fazliyaton, ia tercetus selepas negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat memerlukan bantuan.
Iklan
"Saya ingin membantu mereka. Jadi saya perlu mecari dana dan salah satu cara ialah dengan menternak kelulut untuk mendapatkan madu. Saya bermula dengan hanya tiga rumah kelulut," katanya.
Bagaimanapun, ibu kepada lima anak berusia antara 19 hingga 35 tahun ini bersyukur kerana madu kelulut yang diusahakan semakin dikenali.
"Alhamdulillah kerana rezeki sentiasa ada dan lebih menggembirakan ramai asnaf kini dapat dibantu," katanya.
Beliau juga gigih menambah rumah kelulut dengan menanam tanaman yang menggalakkan madu termasuk pokok jambu, durian dan manggis.
Fazliyaton mengakui gembira dan berbaloi jika dana yang dikeluarkan dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan.
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.