Perlu lebih banyak haiwan tempatan dalam silibus pendidikan
Iklan
Vincent memberi penerangan kepada Abdul Razak tentang brosur berkaitan primat yang bakal diedarkan di sekolah pada majlis Pelancaran Brosur Primates of Johor hari ini.
JOHOR BAHRU - Persatuan Pencinta Alam Malaysia menyarankan kerajaan lebih memperkenalkan haiwan tempatan dalam silibus pendidikan negara.
Naib Presidennya, Vincent Chong berkata, kebanyakan silibus menggunakan haiwan yang berasal dari luar negara.
Iklan
Iklan
"Kalau tanya murid sekolah untuk namakan 10 binatang, saya jamin, jawapan yang timbul seperti zirafah, burung unta tapi haiwan yang kita ada ini (primat) tidak disebut kerana inilah budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah kita.
"Buku teks semua sebut binatang di luar Malaysia. Kami sarankan Kementerian Pendidikan ubah konsep (silibus) ini. Ini kesilapan besar. Kalau kesilapan ini berlaku, di mana harapan untuk haiwan di negara kita? Mesti ada pengetahuan sebab itu sangat mustahak," katanya.
Iklan
Vincent pada sidang media Pelancaran Brosur Primates of Johor hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pada sidang media selepas Pelancaran Brosur Primates of Johor di sini hari ini.
Menurutnya, sudah tiba masa untuk menitikberatkan pengetahuan tentang keluarga primat kepada generasi muda.
Iklan
"Ini hutan kita. Dulu masyarakat tak berminat dengan monyet-monyet ini. Mereka rasa monyet ini bawa masalah kepada masyarakat dan disebabkan kekurangan pengetahuan. Jadi saya rasa sudah tiba masa untuk menitikberatkan khas untuk generasi muda sebab sasaran kita murid sekolah.
"Langkah ini sangat penting kerana semuanya bermula di sekolah, kalau tidak generasi muda tidak akan menitikberatkan hal ini," katanya.
Brosur yang memperkenalkan enam spesis primat di Johor itu akan diedarkan ke sekolah-sekolah termasuk pengenalan tentang spesis raffles banded langur yang terancam.
Sementara, Ketua Unit Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Abdul Razak Yacub berkata usaha tersebut membuka ruang kepada pelajar mendapat pengetahuan tentang haiwan dan alam semula jadi.
"Saya fikir ini satu langkah yang bagus beri pengetahuan kepada murid sebab di sekolah pun tak ada sukatan pelajaran khusus kepada alam semula jadi jadi ini satu kaedah pelajaran yang merentasi akademik.
"Kita faham pengetahuan generasi muda sekarang terhadap haiwan, alam semula jadi amat kurang jadi tanpa bahan sebegini, generasi tak akan dapat pengetahuan yang baik," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>