Peruntukan ikut bilangan penduduk, bukan politik
Iklan
Steven Sim - Foto kredit Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR - Pemberian peruntukan yang disampaikan kepada setiap negeri adalah berdasarkan bilangan penduduk, bukan mengikut kecenderungan politik.
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, sehubungan itu mana-mana negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai maka peruntukan yang diberikan juga tinggi.
Iklan
Iklan
"Pemberian (peruntukan kerajaan) kepada negeri bukan setakat geran per kapita.
"Untuk tahun 2023, Kedah merupakan negeri ketiga yang menerima Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian Tahap) tertinggi selepas Kelantan dan Sabah.
Iklan
"Kalau mengikut kiraan macam ini, memang tiada kaitan dengan politik,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) yang mempersoalkan pertimbangan serta usaha kerajaan dalam menghalusi semula geran per kapita berdasarkan Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
Dalam pada itu, ujar Steven, kerajaan negeri boleh membawa cadangan berhubung isu tersebut di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan datang supaya perkara itu boleh diperincikan dengan lebih teliti.
"Saya setuju dengan hasrat Ahli Parlimen Pendang untuk mengkaji semula dan saya minta supaya mungkin perkara ini di sebelah kerajaan negeri, mereka boleh bawa ke perbincangan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan datang.
"Jadi kita bekerjasama, bukan sahaja nak membangunkan negara secara keseluruhan tetapi juga setiap negeri tak kira sama ada berpihak pembangkang atau kerajaan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>