Isu Pulau Pinang milik Kedah undang kontroversi

Iklan
SANUSI, GUAN ENG

[DIKEMAS KINI] KENYATAAN yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan Pulau Pinang milik Kedah kini hangat diperkatakan di media sosial.

Tindakan Muhammad Sanusi sememangnya mengundang kontroversi kerana ia melibatkan sebuah negeri yang ditadbir oleh DAP.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, disebabkan dakwaan yang dibuat itu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menyeru penduduk Pulau Pinang untuk membuat laporan mengenai kenyataan tersebut.

Permasalahan ini telah membawa kepada laporan muka hadapan Sinar Harian pada 7 Jun yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan bersesuaian terhadap kenyataan Muhammad Sanusi itu.

Iklan

Semuanya bermula apabila Muhammad Sanusi mendakwa bahawa Kedah dan Pulau Pinang tidak mempunyai sempadan negeri. Sebaliknya Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis sahaja.

Tidak sepatutnya seseorang yang mempunyai jawatan yang besar dalam mentadbir sesebuah negeri mengeluarkan kenyataan sebegini kerana ia boleh mengundang kemarahan dan ketidakselesaan orang ramai.

Iklan

Bukan itu sahaja, ia secara tidak langsung telah melanggar prinsip Perlembagaan yang diperkenan oleh Majlis Raja-Raja.

Benarlah yang diperkatakan oleh Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Datuk Abdul Kader Md Ali yang menjelaskan bahawa tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan sebahagian daripada negeri dalam Persekutuan.

Menjelaskan secara terperinci, Abdul Kader memaklumkan Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa YDPA merupakan ketua agama bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, isu tersebut turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa tidak sepatutnya tindakan Muhammad Sanusi dilabelkan sebagai satu jenayah.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut tidak bersetuju sekiranya MB Kedah itu diheret ke muka pengadilan.