[VIDEO] Lelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan seks

Iklan
Syed Fakrulrazi (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa.

MELAKA - Bapa empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas tuduhan mencederakan isteri hingga parah kerana mangsa menolak ajakan untuk bersetubuh.

Iklan
Iklan

Beliau juga memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap 1 hari bulan di balai polis terdekat, pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili Peguam Ishak Mohd Kari memohon jaminan rendah kerana tertuduh yang bekerja sebagai mekanik perlu menyara empat orang anak selain isterinya telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh di Mahkamah Syariah.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

10 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Iklan