Kelantan FC dapat tanah bina padang latihan

Iklan
Zamsaham mendedahkan Kelantan FC itu sudah mendapat tanah seluas 3.2 hektar di kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk membina padang latihan.

KELANTAN FC mendedahkan pasukan itu sudah mendapat tanah seluas 3.2 hektar di kawasan Pengkalan Chepa dekat sini untuk membina padang latihan.

Pemiliknya, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkata, lokasi itu terletak berhampiran Kelab Polo Kelantan.

Iklan
Iklan

"Kita akan tebang pokok kelapa dan bersihkan kawasan tersebut seterusnya membina beberapa buah padang bola sepak.

"Hala tuju kita jelas, padang yang selesa akan dibuat untuk pemain berlatih.

"Kita juga akan bina beberapa buah bangunan dan pusat rehab untuk kesihatan pemain-pemain yang memerlukan pemulihan," katanya semasa sesi soal jawab bersama penyokong TRW pada Sabtu.

Iklan

Lebih 100 penyokong menghadiri majlis tersebut dan sebanyak 25 daripada 28 soalan telah dijawab oleh Zamsaham di hadapan 'pemain ke-12' Kelantan FC itu.

Menurut beliau, kemudahan padang merupakan salah satu perkara yang penting untuk pasukan.

Iklan

Ujarnya, pembinaan padang itu dijangka siap selewat-lewatnya tahun hadapan.