SMBC angkat sukan petanque, santuni komuniti di Seri Manjung

Iklan
Muhammad Nasir (depan, tengah) bersama ahli jawatankuasa SMBC sempena Kejohanan Petanque Open Double Seri Manjung.

SERI Manjung Boules Club (SMBC) terus memperluas penglibatan masyarakat dalam aktiviti rekreasi menerusi penganjuran Kejohanan Petanque Open Double Seri Manjung 2026 di Gelanggang Petanque Fasa 3C, Seri Manjung, Perak pada Sabtu.

Kejohanan tersebut berlangsung meriah apabila mendapat sambutan peserta dari pelbagai negeri selepas dibuka kepada penyertaan seluruh Malaysia.

Iklan
Iklan

Majlis perasmian disempurnakan Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang turut menyertai gimik perlawanan pembukaan bersama Dr Muhamad Anuar Yaakub sebagai simbolik bermulanya kejohanan.

Kejohanan Petanque Open Double Seri Manjung 2026 mendapat sambutan meriah hasil penyertaan dari seluruh negara.

Iklan

Penganjuran berkenaan bukan sekadar memperkenalkan sukan petanque kepada masyarakat, malah menjadi platform menggalakkan aktiviti rekreasi berteraskan kekeluargaan.

Pada masa sama, kejohanan itu turut dilihat sebagai usaha memperkenalkan Seri Manjung sebagai antara destinasi pelancongan dan rekreasi yang menarik di Perak.

Iklan

Selain menggalakkan gaya hidup aktif, kejohanan terbuka itu memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mengenali sukan yang santai tetapi tetap menuntut tahap persaingan tinggi.

Pertandingan itu juga menjadi medan mengeratkan hubungan dan semangat kesukanan antara peserta dari pelbagai negeri menerusi aktiviti yang menekankan ketelitian, fokus serta strategi.

Walaupun semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat, petanque masih belum didedahkan secara meluas kepada sebahagian masyarakat tempatan berbanding sukan utama lain.

Petanque berasal dari La Ciotat, Provence di selatan Perancis dan mula dimainkan pada 1907.

Sukan itu dikaitkan dengan Jules Le Noir, pemain jeu provençal yang mengalami artritis sehingga tidak lagi mampu berlari ketika bermain.

Nama petanque pula berasal daripada ungkapan dialek Provençal, 'pètanque' atau 'pes tanqes' yang membawa maksud kaki terpasak atau berpijak kukuh di tanah, selaras dengan peraturan permainan yang menghendaki pemain berada dalam bulatan dengan kedua-dua kaki menyentuh tanah ketika membaling boule.

Dalam permainan ini, pemain perlu melontar 'boule' iaitu bola logam sedekat mungkin dengan bola kayu kecil yang dikenali sebagai 'jack' atau 'cochonnet' sebagai sasaran.