Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Abu Hassan Din
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh agamawan negara dan pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang meninggal dunia awal pagi tadi.
"Al-Fatihah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong serta seluruh warga Istana Negara, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, mantan Pegawai Agama Istana Negara," menurut satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi Istana Negara hari ini.