RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan kesemua 15 ahli
Iklan
BEIJING - Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.
Pelaksanaan penuh RCEP mencerminkan keazaman dan tindakan 15 ahlinya -- 10 ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand -- dalam menyokong sistem perdagangan pelbagai hala yang inklusif, terbuka, bebas, adil serta berasaskan peraturan, menurut kementerian perdagangan China.