Johor sasar 8,000 penduduk khatam al-Quran tempoh setahun
Iklan
Mohd Fared (kiri) menyerahkan sumbangan kepada tokoh qari peringkat negeri di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
JOHOR BAHRU - Johor menyasarkan 8,000 penduduk akan khatam al-Quran dalam tempoh setahun, menerusi kelas al-Quran yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bagi memastikan sasaran tercapai, seramai 2,600 guru al-Quran akan mengajar orang awam melibatkan penduduk di kawasan bandar dan kampung.
Iklan
Iklan
"Biasanya yang khatam Al-Quran ini pelajar sekolah tetapi kita nak ubah budaya itu. Di bawah guru al-Quran ini, mereka perlu membantu negeri untuk melahirkan lebih ramai orang muda dan orang awam yang khatam quran.
"Mereka diberi tugas tambahan untuk membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 8,000 individu iaitu masyarakat umum di negeri ini yang baru khatam al-Quran.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Multaqa Guru-Guru Al-Quran bersama Johan Qari dan Qariah Antarabangsa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini pada Khamis.
Sementara itu, mengulas mengenai taranum atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu, Mohd Fared menyidatkan ia masih lagi bersifat minoriti dalam kalangan pembaca di negeri itu.
Iklan
Bagaimanapun katanya, kelas-kelas pembelajaran taranum secara tidak formal banyak digerakkan oleh guru-guru dalam kalangan qari dan qariah bagi menjaga serta memelihara ilmu taranum daripada terus hilang ditelan zaman.
"Majlis seperti ini dapat menyemarakkan lagi penghayatan bacaan al-Quran melalui pendekatan secara bertaranum.
"Semoga program ini dapat menambahkan lagi minat guru-guru al-Quran di negeri Johor untuk lebih mendalami seni ilmu taranum dan menguasainya," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.