Kilang disita jika pemilik ingkar
Iklan
Kakitangan MPK menampal notis pemberhentian aktiviti perniagaa di sebuah kilang semalam.
PELABUHAN KLANG - Semua pemilik kilang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) diingatkan supaya memohon lesen perniagaan sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Mohd Fharulisa Md Isa berkata, tindakan sita akan dilakukan sekiranya mereka masih gagal berbuat demikian.
Iklan
Iklan
"MPK sentiasa menjalankan operasi bersepadu terhadap kilang-kilang di kawasan perindustrian di bawah pentadbiran MPK bagi mengenal pasti sama ada kilang-kilang ini mempunyai lesen yang sah atau sebaliknya.
"Sekiranya mereka gagal mempamerkan lesen perniagaan, kita akan memberi tempoh tujuh hari kepada mereka untuk membuat permohonan lesen.
Iklan
"Tindakan sita akan dijalankan sekiranya mereka masih gagal berbuat demikian dalam tempoh itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kilang Bersama Ahli Majlis di Kawasan Perindustrian Sobena Jaya di sini semalam.
Beliau berkata, dalam operasi itu, dua kilang iaitu kilang memproses pakaian terpakai dan memproses kayu palet diberi notis kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan.
Iklan
"Tindakan ini dibuat di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.
"Mereka diberi tempoh tujuh hari untuk memohon lesen perniagaan di MPK dan jika mereka ingkar, kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama jabatan dalaman MPK itu memberi peringatan kepada pemilik kilang supaya mematuhi undang-undang ditetapkan.
"Operasi sebegini dijalankan setiap bulan untuk melihat perkembangan operasi-operasi kita sebelum ini.
"Ia (operasi) bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pemilik kilang, sebaliknya kita mahu mendidik mereka supaya mematuhi undang-udang ditetapkan dengan memohon lesen perniagaan yang sah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>