Pas Gombak ziarah penduduk Flat Taman Keramat Permai

Iklan
Ahli Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Flat Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam. - FOTO FACEBOOK PAS GOMBAK

AMPANG - Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Pangsapuri Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam.

Melalui perkongsian di Facebook Pas Gombak semalam, ziarah berkenaan disertai Naib Yang Dipertua Pas Gombak, Farhan Kamalulhysham; Ketua Urusan Ulama, Imran Selamat; Pengarah Jabatan Pilihanraya Dun Hulu Kelang, Azlan Maddin dan wakil Lajnah Kebajikan serta Tabung Purnama.

Iklan
Iklan

Pas Gombak melalui kenyataannya juga memaklumkan pihaknya juga turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat.

Dalam kenyataan tersebut, Pas Gombak turut menyatakan harapan dan doa supaya permasalahan ini dapat diatasi segera oleh pihak yang berkaitan.

Iklan

"Kami berdoa semua mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Moga Allah memberi kesabaran dan mempermudahkan urusan kalian," katanya.

Keretakan Flat Taman Keramat Permai masih aktif

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk harap isu keretakan diatasi segera

ARTIKEL BERKAITAN: Pangsapuri retak: Penduduk mohon status tanah disegerakan

ARTIKEL BERKAITAN: 37 keluarga diarahkan berpindah, pangsapuri retak

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah penghuni pusat pemindahan SMK Taman Keramat meningkat kepada 77 orang

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan siasatan pangsapuri retak dijangka siap 2 Mei