2.09 juta batang rokok seludup didaratkan di Pantai Senok
Iklan
RANTAU PANJANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mendedahkan Pantai Senok, Bachok menjadi 'port' baharu pendaratan rokok seludup di negeri ini menggunakan laluan laut.
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, intipan yang dilakukan di kawasan berkenaan dua minggu lalu berhasil apabila sebanyak 2.09 juta batang rokok bernilai RM1.4 juta termasuk jumlah cukai berjaya dirampas.