JKNJ kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan
Iklan
Onn Hafiz
JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan, khususnya doktor dan jururawat, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob.
Iklan
Iklan
"Terima kasih Ketua Setiausaha KKM (Memangku) yang sudi mendengar keluhan saya dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon tentang perkara ini.
"Adalah menjadi harapan saya agar pihak KKM dapat mempertimbangkan jawatan ini diisi dengan kadar segera bagi menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di Johor," katanya.
Iklan
Menteri Besar itu berkata, beliau juga meminta pihak KKM melihat cara yang lebih tuntas untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital negeri ini, terutamanya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Beberapa foto mengenai pertemuan Onn Hafiz bersama Tian Soon dan Norazman turut dikongsi di platform media sosial itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>