RM1.1 bilion untuk projek pembangunan universiti awam di Johor
Iklan
Onn Hafiz - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan RM1.1 bilion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 21 projek berkaitan pembangunan universiti awam di Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berkata, kementerian itu turut memperuntukkan RM612.8 juta bagi pelaksanaan sembilan projek politeknik.
Iklan
Iklan
Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM96.86 juta diperuntukkan bagi tujuh projek kolej komuniti di negeri itu.
"Perbincangan (bersama Menteri) juga menyentuh beberapa perkara penting mengenai soal perkembangan sektor pendidikan tinggi di negeri Johor dan inisiatif bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Iklan
Beliau berkata, laporan daripada KPT menyatakan bahawa kebolehpasaran graduan Johor turut berada di tahap memberangsangkan iaitu pada kadar 94.1 peratus.
Onn Hafiz berkata, ia merupakan satu petunjuk yang baik, namun usaha perlu dipergiat bagi menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan industri dan pelabur.
Iklan
Justeru katanya, satu pasukan petugas khas antara kerajaan negeri dan KPT akan diwujudkan untuk memperincikan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan taraf pembangunan pendidikan di negeri itu.
"Pada masa sama, pasukan petugas khas itu juga berperanan untuk menyampaikan hasrat dan keperluan kerajaan negeri berhubung isu pendidikan.
"Atas sebab itu, kerajaan negeri merasa amat perlu untuk mewujudkan hubungan erat dan dinamik dengan kerajaan Persekutuan, khususnya KPT, bagi memastikan isu tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat disediakan untuk menampung keperluan industri,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>