Sanusi akui mencabar urus Kedah
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui agak mencabar mentadbir Kedah sepanjang tiga tahun mengambil alih kerajaan negeri pada 17 Mei 2020.
Beliau berkata, cabaran dalam pelbagai aspek, namun bersyukur semuanya berjalan lancar.
Iklan
Iklan
"Tiga tahun pengalaman sebagai Menteri Besar Kedah, memang ‘tough’. Kedah adalah negeri yang mencabar (untuk diterajui).
"Semua tokoh besar yang telah menjadi Menteri Besar Kedah sejak dahulu hingga yang terakhir sebelum saya, semuanya orang yang hebat,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu turut bersyukur kerana berjaya menamatkan pentadbiran sehingga tamat tempoh penggal sebelum diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Saya kagum antara yang lama mentadbir Kedah, Tan Sri Osman Aroff, Datuk Seri Diraja Syed Razak Syed Zain selain Tan Sri Azizan Abdul Razak yang genap lima tahun perintah.
Iklan
"Saya bukanlah menteri besar yang terpendek perintah dah, tempoh tiga tahun itu boleh dikatakan telah mematangkan saya,” jelasnya.
Muhammad Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei 2020, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas berlaku peralihan kuasa di peringkat kerajaan Persekutuan.
Kemelut politik negara pada Februari 2020 menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) disusuli dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu menegaskan berpuas hati dengan prestasi kesemua 10 anggota Exco yang menjadi tulang belakang pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kedah.
"Terima kasih kepada jentera kerajaan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan, penasihat undang-undang, pegawai-pegawai daerah dan semua terlibat yang beri kerjasama sepenuhnya kepada saya menjadi nakhoda atas bahtera besar kerajaan negeri Kedah,” ujarnya.
Muhammad Sanusi yakin bahtera yang dikemudi ini menuju ke destinasi dengan lancar untuk mencapai sasaran Kedah 2035.
"Kita bermula pada 2020, sekarang sudah masuk tahun ketiga dan ada lagi 12 tahun. Saya lihat Kedah 2035 sedang bergerak mengikut perancangan yang disusun.
"Saya juga ingin hargai sokongan rakyat kerana tiada bantahan menyebabkan proses peralihan kuasa lancar mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Perkara 36 dan 37),” jelasnya.
Ujarnya lagi, beliau amat menjunjung tinggi limpah perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang memberi tunjuk ajar, nasihat dan pandangan dalam mengemudi pentadbiran negeri.
"Pengalaman baginda yang begitu luas dalam pentadbiran ketenteraan, perniagaan, alam sekitar, pengurusan menunjukkan baginda kaya pengetahuan dan penguasaan ilmu baginda diperturunkan kepada saya, ini antara pengalaman berharga buat saya.
"Sebahagian besar pandangan baginda menjadi pedoman untuk saya layari bahtera kerajaan ini sebagai nakhoda,” jelasnya.
Muhammad Sanusi turut menghargai pandangan pihak pembangkang yang beliau jadikan sebagai teguran membina.
"Pandangan pembangkang juga saya beri perhatian. Mana yang betul saya ambil sebagai teguran. Mana yang tidak benar saya perbetulkan. Namun banyak yang diperbetulkan lah.
"Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua anggota Exco yang banyak memberi pandangan dan sokongan sama ada dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri atau bawah portfolio masing-masing. Kesemuanya bekerja dengan baik dan saya bertuah semuanya sebulat suara dan kata dalam semua hal,” ujarnya lagi.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.