Baru keluar dah kena tahan balik

Iklan
Rampasan dadah jenis heroin dianggarkan seberat 161 gram dan methamphetamine 1.5 gram hasil penahanan seorang lelaki di tepi Jalan Banir, Air Kuning, Tapah pada Isnin.

TAPAH - Tidak serik apabila seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada tahanan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) ditahan semula atas kesalahan memiliki dadah.

Suspek berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Honda RSX diberkas dalam satu pemeriksaan di tepi Jalan Banir, Air Kuning dekat sini sekitar jam 11 malam pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemeriksaan ke atas beg silang pada tubuh suspek menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 161 gram dan methamphetamine 1.5 gram.

"Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah dan telah dibebaskan dari tahanan LLPK pada November lalu selepas menjalani hukuman selama dua tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati positif methamphetamine.

Katanya, suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 15 Mei ini untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati," katanya.