Lima generasi waris Singopawiro berhimpun
Iklan
Seramai 300 daripada 60 keluarga waris Singopawiro berjaya dihimpunkan dalam majlis hari raya baru-baru ini.
SEGAMAT – Seramai 300 daripada 60 keluarga waris Singopawiro berjaya dihimpunkan dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Warisan Singopawiro di Dewan Senin-Khanifah, Kampung Bukit Tunggal, Jementah di sini pada 25 April lalu.
Setiausaha Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidifitri Warisan Singopawiro 2023, Roslan Darmuji berkata, majlis berkenaan merupakan julung kali diadakan bagi menghimpunkan waris-waris keluarga Singopawiro.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya saya mula kumpul maklumat tentang waris-waris ini sejak Januari 2018 dan merancang untuk adakan perjumpaan, tetapi tak dapat sebab pada 2020, 2021 dan awal 2022 ada PKP (perintah kawalan pergerakan) kerana negara kita dilanda Covid- 19.
"Oleh itu, pada bulan puasa 2023 saya dan beberapa waris terdekat adakan mesyuarat dan bentuk jawatankuasa supaya majlis ini dapat diadakan setelah tertangguh beberapa tahun.
Iklan
"Alhamdulillah, akhirnya majlis perjumpaan ini berjaya diadakan dan menghimpunkan 300 waris. Walaupun bukan semua, tapi kita harap pada perjumpaan akan datang kita dapat himpunkan lebih ramai waris Singopawiro ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Untuk rekod, salasilah keturunan Singopawirao ini bermula apabila Allahyarham Singopawiro berhijrah dari Indonesia ke Tanah Melayu sekitar 1920-an dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Iklan
Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Kemudiannya, generasi Singopawiro telah berkembang sehingga ke generasi keenam pada hari ini.
Difahamkan, majlis berkenaan turut dihadiri waris paling tua ketika ini yang berusia kira-kira 90 tahun daripada generasi kedua waris Singopawiro termasuk tiga kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun yang merupakan waris termuda ketika ini.
Sementara itu, Roslan yang juga pembantu pustakawan kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat berkata, pihaknya juga bercadang mewujudkan laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twiter bagi memudahkan lagi hubungan komunikasi selain menjejaki waris keluarga besar ini.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.