Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

Iklan
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (dua, kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, agar pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dikenakan hukuman ringan dengan alasan telah insaf.

Peguam, Mohammad Farhan Maaruf berkata demikian ketika hujahan mitigasi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, berhubung prosiding keputusan kes mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Iklan
Iklan

Beliau turut memohon, mahkamah mengambil kira bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya.

"Ini menunjukkan Siti Bainun bukan insan yang kejam dan dia cuba baik mungkin untuk menjaga Bella.

Iklan

Peguam itu berkata, hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang.

Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 11.20 pagi ini sebelum memutuskan bentuk hukuman ke atas wanita itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini