Sarawak akan guna penyelidik profesional kaji tahap kemiskinan
Iklan
KOTA SAMARAHAN - Kerajaan Sarawak akan menggunakan khidmat pengkaji profesional untuk menjalankan penyelidikan yang lebih objektif dan tepat berhubung tahap kemiskinan yang berlaku di negeri itu, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, kajian tentang taraf kemiskinan di negeri itu bukannya sekadar berdasarkan statistik semata-mata tetapi melibatkan penyelidikan yang lebih mendalam memandangkan status miskin yang digunakan masa kini untuk negeri ini turut melibatkan mereka yang memiliki aset seperti tanah.