Johor isytihar Isnin ini hari kelepasan am tambahan
Iklan
Onn Hafiz - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Johor sempena sambutan hari raya tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Iklan
Iklan
"Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 (Isnin), sebagai hari kelepasan am tambahan.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya, dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.
Untuk rekod, sejak 1 Januari 2014, cuti minggu di Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>