Kes demam denggi meningkat di Pahang

Iklan
Pegawai JKNP melakukan pemeriksaan tempat pembiakan waktu malam di kawasan wabak demam denggi berulang di Taman Pasdec Makmur di sini minggu lalu. Foto FB PKD Kuantan

KUANTAN - Pahang merekodkan 351 kes demam denggi dalam tempoh Januari sehingga 15 April tahun ini.

Ia menunjukkan peningkatan 236 kes berbanding 115 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiada kematian dilaporkan akibat komplikasi demam denggi sehingga kini.

Menurutnya, Kuantan melaporkan kes demam denggi tertinggi dengan 198 kes (56.4 peratus) diikuti Raub 28 kes (8 peratus), Temerloh 25 kes (7.1 peratus), Bera 24 kes (6.8 peratus), Bentong 19 kes (5.4 peratus), Maran 18 kes (5.1 peratus), Rompin 14 kes (4 peratus), Lipis 10 kes (2.8 peratus), Pekan 6 kes (1.7 peratus), Jerantut 5 kes (1.4 peratus) dan Cameron Highlands 4 kes (1.1 peratus).

Iklan

"Lokaliti wabak demam denggi juga dilaporkan meningkat 320 peratus dari lima lokaliti dalam tempoh itu tahun lalu kepada 21 lokaliti tahun ini.

"Daripada keseluruhan lokaliti itu, 19 lokaliti wabak Kuantan dan satu lokaliti masing-masing di Raub dan Temerloh.

Iklan

"Sembilan lokaliti wabak dikesan masih aktif di Kuantan," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Nor Azimi berkata, daripada 747,237 bekas yang diperiksa sehingga 15 April lalu, 1,338 bekas yang ditemui kehadiran jentik-jentik nyamuk Aedes diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau dilupuskan.

"Sebanyak 104,607 premis yang berpotensi membiak jentik-jentik nyamuk aedes telah diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik manakala 126,371 premis dilakukan semburan kabus bagi membunuh nyamuk dewasa," katanya.