Persatuan Bekas Pegawai SPRM, GGP rai asnaf, anak yatim
Iklan
Zakaria (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada majlis Semarak Kasih Ramadan yang diadakan di Surau Al Muhajirin, Bukit Mahkota pada Sabtu. - Foto Rosli Talib
BANGI - Seramai 72 asnaf dan 30 anak-anak yatim diraikan dalam Program Semarak Kasih Ramadan anjuran Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pertubuhan Gagasan Generasi Profesional (GGP) dengan kerjasama Surau Al Muhajirin Bukit Mahkota, di sini pada Sabtu.
Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, golongan asnaf dan anak-anak yatim tidak harus dipinggirkan dalam merasai kemeriahan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
Iklan
"Mereka menerima barangan keperluan dapur untuk digunakan dalam membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri dan bagi anak-anak yatim mereka menerima barangan untuk kegunaan persekolahan," katanya pada sidang akhbar selepas selesai program berkenaan.
Turut hadir Bekas Timbalan Ketua Pesurujaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaafar dan Pengerusi Surau Al Muhajirin, Mohd Hasbullah Othman.
Nasir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan.
Iklan
Sementara itu, Presiden GGP, Datuk Sr Ts. Nasir Saari berkata, pihaknya sangat prihatin dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
"Kami amat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan SPRM dan komuniti setempat bagi menjayakan program berkenaan yang dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim.
Iklan
"Program ini dapat menarik golongan yang diraikan agar mereka dapat merasai Hari Raya Aidilfitri sama seperti insan-insan yang lain,” katanya.
Jelasnya, GGP sebelum ini turut aktif dalam bidang kebudayaan, sukan dan kerohanian serta terlibat dalam program kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi