Ular sawa 'gergasi' masuk bangunan

Iklan
Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras digerakkan bagi menangani kejadian ular sawa 'gergasi' ditemui di Bangunan Hive 9, Mranti Park, Puchong Bukit Jalil.

BUKIT JALIL – Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras digerakkan bagi menangani kejadian ular sawa 'gergasi' ditemui di Bangunan Hive 9, Mranti Park, Puchong Bukit Jalil di sini, semalam.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Cheras berkata, Skuad Charlie dihantar ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran reptilia berkenaan di kawasan bangunan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) APM terbabit menjalankan operasi menangkap dan mengalihkan ular berkenaan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tindakan operasi melibatkan empat anggota LLP daripada Skuad Charlie yang digerakkan ke Bangunan Hive 9, Mranti Park selepas menerima laporan Kes Menangkap Ular (KMU).

Iklan

“Operasi berkenaan berjalan lancar dan kawasan tersebut disahkan selamat sepenuhnya,” menurut kenyataan rasmi pengurusan operasi APM Cheras.

APM Cheras memaklumkan keadaan berjaya dikawal dan tiada ancaman terhadap keselamatan orang awam serta pekerja di bangunan berkenaan.

Iklan