Aidilfitri: Dua juta kenderaan dijangka masuk Johor
Iklan
Kamarul Zaman Mamat (dua dari kiri) memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal pada Program Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, bersama Perkeso di Plaza Tol Perling hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjangkakan kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 47 tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan dan hot spot untuk kemalangan kita ada 27 tempat yang telah dikenal pasti daripada kajian kita.
"Seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas," katanya kepada pemberita selepas meninjau program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di sini malam ini.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata mayat wanita yang dijumpai mereput di dalam sebuah bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, Rabu lepas, dipercayai warga asing.
Kamarul Zaman berkata, ia kerana berdasarkan laporan hasil bedah siasat, tiada kesan suntikan bacillus calmette-guerin (BCG) ditemukan pada mayat tersebut.
Iklan
"Keputusan bedah siasat belum secara terperinci lagi, hanya kita tahu bahawa mayat tersebut tidak ada BCG, maknanya bukan warganegara. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Mayat itu seperti dipotong dan diletak ke dalam beg," katanya sambil menambah bagasi tersebut berukuran 28 inci.
Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan wanita tidak beridentiti itu berpunca daripada dendam.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dilapor berkata, wanita berkenaan dianggarkan berusia 25 tahun ke atas dan telah meninggal dunia sejak dua minggu lepas, selain terdapat kecederaan di kepala. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.