[VIDEO] Bandar Penawar tuan rumah World #QuranHour di Johor
Iklan
Roziah menunjukkan cenderamata dan plakad World #QuranHour bagi menyokong program yang akan diadakan Khamis ini.
JOHOR BAHRU - Word #QuranHour di Johor memilih Masjid Al-Syifa Bandar Penawar, Kota Tinggi sebagai lokasi utama penganjuran yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.
Timbalan Pengerusi, Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji negeri, Roziah Kamal berkata, daerah Kota Tinggi dipilih sebagai tuan rumah bagi memberikan kelainan kerana dianjurkan di luar Johor Bahru.
Iklan
Iklan
Jelasnya, jawatankuasa Rumah Ngaji Negeri Johor kini sedang sibuk membuat persiapan rapi bagi memastikan World #QuranHour bertemakan 'Memanusiakan Manusia' berjalan lancar.
"Pada program kali ini, dianggarkan 800 peserta akan mengambil bahagian terdiri daripada orang ramai, pelajar dan guru-guru ngaji. Pada tahun lepas, program yang sama dibuat di Kluang, tetapi kali ini Kota Tinggi menjadi pilihan.
Iklan
"Sebanyak enam bas akan digunakan bagi membawa peserta dari Johor Bahru, Pasir Gudang, Batu Pahat dan beberapa gugusan Felda di Kota Tinggi untuk Bandar Penawar," katanya.
Tambah Roziah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) turut memberikan sokongan terhadap Word#Quran Hour menerusi penglibatan lebih 700 sekolah menengah dan rendah dalam program ini.
Iklan
"Kami cukup teruja dengan sokongan yang diberikan JPNJ. Menerusi perbincangan diadakan sebelum ini, pelajar sekolah akan mengaji dan membaca surah Al-Insan di sekolah masing-masing.
"Di Johor, aktiviti membudayakan al- Quran di sekolah diadakan pada setiap Khamis. Oleh itu, program Word#Quran Hour ini tepat dalam usaha bersama untuk mengamalkan dan menghayati al-Quran," katanya.
World #QuranHour tahun ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan beberapa rakan sinergi media antaranya Sinar Harian, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani dan TV9.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.