Polis tahan 3 lelaki bantu siasatan kes kemalangan maut

Iklan

BATU PAHAT - Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mereka yang ditahan berusia 31, 39 dan 49 tahun.

Iklan
Iklan

Kemalangan kira-kira 3.30 petang itu melibatkan Proton Wira, Perodua Axia dan Mazda CX5 dan mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 43 tahun iaitu penumpang Wira berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu Mazda dan rakannya mengekori Wira yang dipandu dari arah Tongkang Pechah ke Parit Sulong, di sini.

Iklan

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, Wira terpusing masuk ke laluan bertentangan, kemudian Axia yang dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama penumpang wanita berusia 43 tahun telah melanggar bahagian kiri Wira terbabit menyebabkan penumpang Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ismail berkata, pemandu Mazda mendakwa beliau ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali mencuri telefon bimbit jenis Oppo miliknya yang diletakkan di sebuah lori, di sebuah premis kilang di Bandar Putera Indah, Tongkah Pechah.

Iklan

Beliau berkata, pemandu Mazda dan rakannya mengejar individu itu yang melarikan diri dengan menaiki Wira sejauh 12 kilometer sehingga berlaku kemalangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman akan dipohon bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Pada Selasa, Ismail dilaporkan berkata, seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah telefon bimbit maut manakala tiga cedera dan seorang terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil. - Bernama