Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 141 pagi ini
Iklan
Jumlah mangsa banjir di Johor yang membabitkan hanya daerah ini kekal 141 orang daripada 37 keluarga setakat jam pagi Ahad, sama sepertimana yang direkodkan malam tadi. - Gambar hiasan
BATU PAHAT - Jumlah mangsa banjir di Johor yang membabitkan hanya daerah ini kekal 141 orang daripada 37 keluarga setakat jam pagi Ahad, sama sepertimana yang direkodkan malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan seramai 79 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala 62 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan.
Iklan
Iklan
"Antara kawasan yang masih terjejas banjir di Yong Peng iaitu Kampung Parit Lapis Bangas, Kampung Jalan Lama, Taman Melur, Kampung Parit Amil, Taman Desa Suria dan Taman Berlian.
Di Sri Medan pula melibatkan Parit Yusof, Parit Haji Ahmad, Parit Warijo, Parit Bangas, Parit Sendayun dan Parit Seri Pasir," menurut JPBN dalam kenyataannya, pada Ahad.
Iklan
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.93 meter (m) manakala Sungai Sembrong di Empangan Sembrong berada di paras waspada dengan bacaan 10.67m.
Cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan cerah pada pagi Ahad. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>