Warga emas mengesot terima kerusi roda
Iklan
Minah duduk di atas kerusi roda yang baharu diterimanya sambil ditolak oleh Yusof.
TANAH MERAH - Seorang warga emas yang kisahnya disiarkan Sinar Harian kerana terpaksa mengesot akibat kudrat yang lemah pada usia 84 tahun di Kampung Air Cina, Batu 10, Batang Merbau di sini menerima sumbangan kerusi roda pada Jumaat.
Anak saudaranya, Yusof Che Leh, 62, berkata, Minah Mat Diah menerima kerusi roda itu daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, kerusi roda ini akan memudahkan pergerakannya yang sudah tidak dapat berjalan. Kami berterima kasih dan amat menghargai sumbangan itu.
Kata Yusof, kakak kepada arwah ibunya itu tidak mempunyai anak dan tinggal bersendirian selepas kematian suami pada tahun 2017.
Iklan
"Saya bawa dia pindah tinggal bersebelahan dengan rumah saya sejak tiga tahun lalu dan membina sebuah bangsal dilengkapi tandas yang sesuai untuknya.
"Dia hanya ada saya dan isteri untuk menumpang kasih. Kami akan menjaganya sebaik mungkin hingga ke akhir hayat nanti,” katanya.
Iklan
Pada Khamis lalu, akhbar ini menyiarkan kisah Minah yang pernah dijumpai di atas jalan berhadapan rumah Yusof selepas mengesot sejauh 50 meter dari bangsalnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>