KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.