LGBT perlu dibendung semua pihak - Pas Selangor
Iklan
Dr Ahmad Yunus Hairi
SHAH ALAM - Penularan pemikiran songsang lesbian, gay bisexual dan transgender (LGBT) perlu dibendung semua pihak daripada terus merosak budaya, nilai dan idealisma generasi baru.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan turut digesa mengambil tindakan lebih proaktif bagi mengekang penularan promosi, merekrut anak muda menyertai dan mendanai aktiviti berkait LGBT di negeri ini khususnya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program berkait LGBT yang dijangka dianjurkan pada 30 Mac ketika bulan Ramadan membangkitkan kemarahan dan mewujudkan suasana tidak harmoni ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar negara menunaikan umrah.
"Pas Selangor mengajak semua pihak termasuk wakil agama untuk bersama-sama membendung penularan pemikiran songsang LGBT ini daripada terus merosak budaya, nilai dan idealisma generasi baru dalam membina negeri Selangor lebih bersih dan sejahtera melalui tanda pagar #menoktahkanLGBTtiadaHIV,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat
Iklan
Menurutnya, ia diikuti kenyataan media oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjuran program tidak bermoral itu bagi menghormati bulan Ramadan.
Beliau menambah promosi itu juga telah mengundang bantahan Pas Bukit Bintang selain menjadi trending di Twitter melalui ucapan di laman Twitter Ketua Penerangan Pas Gombak, Dr Fairuz Azmi sehingga 60 laporan polis dibuat.
Iklan
"Justeru Pas Selangor mengucapkan tahniah atas ketegasan pihak PDRM yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah sehingga membawa kepada pembatalan program berkait LGBT dan permohonan maaf daripada pemilik sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak di ibu kota,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka"><meta itemprop="description" content="Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-18T09:28:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb9g9iq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb9g9iq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb9g9iq"></script>