SKMM ambil tindakan 1,282 kandungan lucah

Iklan
Nie Ching

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah menerima sebanyak 1,282 aduan berkaitan penyebaran kandungan lucah di Twitter.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, kesemua tersebut telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

"Ia termasuk merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil perhatian dan tindakan lanjut berkenaan perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa.

Iklan

"Kesemua akaun dalaman tersebut telahpun diturunkan,” ujarnya.

Tambah beliau, daripada 2021 sehingga Januari 2023, sebanyak 458 kandungan meliputi berita dan kandungan palsu telah diturunkan oleh platform media sosial.

Iklan

"Ini selari dengan piawaian komuniti yang ditetapkan oleh platform media sosial yang berpangkalan di luar negara,” katanya.

Jelasnya, KKD juga akan mengadakan kolaborasi dengan pihak platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Twitter, Google dan lain-lain.

Menurut beliau, ia supaya kolaborasi itu boleh diperkukuh dan diperkasakan terutamanya dalam usaha menurunkan atau memadam kandungan yang menyalahi undang-undang sedia ada.