Nadma, KPM kenal pasti lokasi sekolah bina PPS kekal
Iklan
Norlizah menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti lokasi pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di kawasan sekolah yang sesuai, Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, antara kriteria yang dilihat ialah kawasan strategik dan sekolah kerap digunakan sebagai PPS.
Iklan
Iklan
"Selain itu, lokasi PPS kekal perlulah mempunyai kawasan atau keluasan tanah yang sesuai.
"Sekolah yang dicadangkan juga telah didaftarkan sebagai PPS, selain mempunyai infrastruktur sedia ada yang lengkap seperti bekalan elektrik dan air yang mencukupi untuk penambahan dewan serba guna,” kata beliau ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di sini hari ini.
Iklan
Disember lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bercadang membina PPS kekal di sekolah-sekolah yang sering dijadikan PPS.
Mengenai banjir yang baharu berlaku, Norlizah (BN-Johor Lama) berkata, sebanyak 52 buah sekolah di negeri itu telah dinaiki air dan sebanyak 187 buah sekolah telah menjadi PPS sehingga semalam.
Iklan
"Sehingga kini masih ada 19 buah sekolah di daerah Batu Pahat yang masih lagi menjadi PPS,” kata beliau.
Norlizah berkata, meskipun banyak peralatan sekolah rosak akibat banjir, jumlah kerusi murid setakat ini masih boleh menampung keperluan mereka dengan penyelarasan Pejabat Pendidikan Daerah Johor, namun kerusi dan meja guru yang rosak kini dalam tindakan Sektor Infrastruktur dan Perolehan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
"Bahagian Perolehan KPM telah menurunkan waran perolehan aset sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membuat perolehan penggantian aset khusus sekolah-sekolah terkesan banjir,” katanya. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.