Banjir termenung di Batu Pahat perlu diatasi sebelum Ramadan
Iklan
Onn Hafiz (depan) meninjau operasi pengepaman air banjir di Parit Jelutong, Pintu Air Sungai Senggarang, pada Sabtu. - Foto Facebook Onn Hafiz
BATU PAHAT - Kerajaan negeri berharap isu banjir termenung khususnya di daerah Batu Pahat dapat diselesaikan sebelum Ramadan.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, walaupun banjir sedang beransur pulih, namun terdapat beberapa kawasan khususnya di daerah Batu Bahat yang masih digenangi air akibat banjir termenung seperti di Sri Medan, Parit Jelutong dan Parit Raja.
Iklan
Iklan
"Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan meninjau operasi pengepaman air banjir di Parit Jelutong, Pintu Air Sungai Senggarang dan Pintu Air Parit Asam Kumbang.
"Kerajaan negeri tidak mahu isu banjir termenung ini berlanjutan bagi tempoh masa yang lama seperti sebelum-sebelum ini.
Iklan
"Mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan alternatif lain untuk menyelesaikan isu ini termasuk kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai utama di daerah Batu Pahat," katanya dalam muat naik di Facebook rasminya pada Sabtu.
Onn Hafiz berkata, bagi mempercepatkan proses penurunan air, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil pendekatan untuk mengepam air di kawasan-kawasan tersebut
Iklan
"Misi Pasca Banjir Southern Volunteers juga akan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir ini di daerah Batu Pahat mulai 19 hingga 22 Mac selama empat hari.
"Misi ini akan disertai 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) selain daripada Pertubuhan Belia, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat membabitkan 531 sukarelawan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>