Jenama streetwear terkenal cetak kalimah ALLAH atas pakaian
Iklan
MELBOURNE - Jenama pakaian streetwear mewah Australia bertindak biadab apabila mencetak kalimah ALLAH di atas baju yang diperagakan di pentas fesyen Sabtu lalu.
Jenama Not A Man’s Dream, mempamerkan dua reka bentuk pakaian dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne di mana salah satu rekaan menampilkan seorang model memakai jumpsuit tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lut sinar dengan tulisan Arab bertulis ‘ALLAH berjalan bersama saya’ di seluruh badannya.