[VIDEO] Mangsa banjir buntu fikir persiapan sekolah anak
Iklan
PPS SK Pintas Puding Parit Raja yang menempatkan mangsa banjir di Batu Pahat. (Gambar kecil dari kiri: AZLINA, ROSANIZA, dan AZIM)
BATU PAHAT - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan kesedihan apabila pakaian sekolah anaknya yang dibeli hasil jualan kuih musnah akibat banjir.
Azlina Azinal, 39, berkata, dia mengumpul hasil jualan kuihsejak tiga bulan lalu untuk membeli pakaian sekolah anaknya, Nur Syahirah Abdullah,16.
Iklan
Iklan
"Untung sikit-sikit saya simpan untuk beli baju sekolah anak yang baharu. Saya beli awal sebab banyak lagi keperluan lain yang perlu saya beli lebih-lebih untuk menyambut Ramadan.
"Bagaimanapun disebabkan bencana banjir yang berlaku, baju sekolah anak rosak. Saya sedih melihat keadaan baju yang tidak boleh digunakan lagi," katanya yang menetap di Kampung Parit Jambol, Parit Raja.
Iklan
Dia yang sudah tinggal selama 11 hari di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pintas Puding, Parit Raja kini berharap agar kerajaan dapat membantunya untuk membeli keperluan persekolahan anak selain membayar yuran sekolah.
Bagi, Rosaniza Sanusi, 39, pula mengakui bingung memikirkan perbelanjaan yang perlu ditanggung bagi membeli keperluan sekolah tiga orang anaknya selain barangan rumah yang rosak ditenggelami air.
Iklan
"Saya dan suami Mahathir Mohamad, 40 bekerja kilang. Rancang hendak beli keperluan sekolah seminggu sebelum sesi persekolahan bermula pada 19 Mac ini.
Kampung Parit Sempadan Laut yang masih dilanda banjir.
"Namun banjir berlaku dan menenggelamkan rumah di Kampung Parit Jawa Tanjung Semberong. Anak-anak ada yang sudah bertanya tentang baju sekolah tetapi mereka faham kesusahan yang dialami kerana kami sekeluarga masih tinggal di PPS," katanya.
Azim Mohd Syukri, 31, pula memberitahu bukan sahaja berdepan kerugian barang rumah rosak akibat banjir tetapi buntu memikirkan kelengkapan persekolahan dua orang anaknya yang belum dibeli.
"Saya ada lima orang anak. Anak sulung akan mula bersekolah darjah satu, adiknya pula ke prasekolah. Tiga lagi anak berusia empat tahun, setahun dan dua bulan.
"Sudah lima hari di PPS selepas rumah Kampung Parit Sempadan dinaiki air. Harap kerajaan dapat bantu perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya yang bekerja kilang.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.