Pas nafi dakwaan ingin keluar PN - Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan partinya akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, perkara tersebut juga tidak pernah sesekali dibangkitkan dalam parti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi berkenaan susulan ketiadaan pemimpin Pas pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sedangkan rakan sekutu mereka dari parti Gerakan hadir.

Perhimpunan Bersatu kali keempat itu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, ketiadaan wakil Pas pada perhimpunan berkenaan disebabkan pemimpin parti itu terpaksa hadir ke mesyuarat di kawasan masing-masing.

"Kami telah dimaklumkan dan ada jemputan, tapi kebetulan Pas kawasan ada mesyuarat agung, sebahagian besar terpaksa merasmikan (mesyuarat agung) di kawasan maisng-masing," katanya.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Pas memenangi 49 kerusi Parlimen, sekali gus menjadi parti terbanyak mempunyai kerusi dalam gabungan berkenaan.