22 migran maut bot dinaiki terbalik di Madagascar

Iklan
Bot yang membawa 47 penumpang itu terbalik di luar pantai Madagascar. - Gambar hiasan

ANTANANARIVO - Sekurang-kurangnya 22 migran maut selepas bot yang dinaiki terbalik di luar pantai Madagascar di Afrika Selatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bot yang membawa 47 penumpang itu terbalik di luar pantai Madagascar, menurut Agensi Pelabuhan Maritim dan Sungai dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 23 lagi penumpang berjaya diselamatkan dan operasi mengesan mangsa yang hilang masih diteruskan, kata pihak berkuasa.

Bot itu dilaporkan dalam perjalanan ke pulau Mayotte, Perancis. - Bernama

Iklan

Iklan