Johor catat pelaburan asing RM70.6 bilion
Iklan
Onn Hafiz Ghazi - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan penerimaan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam negara bagi tahun lalu iaitu sebanyak RM70.6 bilion.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaburan yang diterima itu bakal menghasilkan lebih 12,000 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.
Iklan
Iklan
"Saya merakam penghargaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ling Ting Han kerana membantu merealisasikan objektif untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri ini.
"Kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan akan terus mengorak langkah demi memajukan Johor," katanya dalam muat naik di Facebook rasminya pada Khamis.
Iklan
Pada Disember tahun lalu, Johor dilaporkan mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara apabila mencatatkan pelaburan paling tinggi untuk tempoh Januari sehingga September tahun lalu iaitu sebanyak RM63.9 bilion.
Berdasarkan statistik MIDA, pelaburan yang dicatatkan itu hampir 33 peratus daripada angka pelaburan nasional yang direkodkan iaitu RM193.7 bilion.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>