Banjir: PPS dinaiki air, lebih 300 mangsa dipindahkan
Iklan
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sri Medan mula keluar selepas PPS itu dinaiki air. - Foto Bernama
BATU PAHAT - Lebih 300 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Sri Medan, Yong Peng di sini dipindahkan susulan dinaiki air sejak dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua mereka akan dipindahkan ke SJKC Hwa Ming, Taman Maju di sini malam ini, dengan menggunakan aset daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia.
Iklan
Iklan
"PPS ini boleh menampung sehingga 300 orang dan apabila berlaku kenaikan paras air kira-kira 0.3 meter, kita buat keputusan untuk pindahkan mangsa malam ini," katanya kepada Bernama.
PPS tersebut menempatkan 315 orang daripada 110 keluarga sejak dibuka pada 2 Mac lepas.
Iklan
Penduduk yang ditempatkan di PPS itu, Siti Sarah Sulaiman, 35, berkata, air mula melimpah ke dalam PPS sejak dua hari lepas.
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, dia mula ditempatkan di PPS itu Khamis lepas apabila rumahnya di Parit Simen Sri Basir dinaiki air hingga paras pinggang.
"Pada waktu itu, tiada air banjir dalam PPS tetapi dalam tempoh dua hari (bermula Sabtu) air mula melimpah masuk dalam PPS.
Iklan
"Saya risau kerana ada anak kecil berusia dua tahun yang nak 'main' air," katanya yang turut menarik nafas lega apabila diarahkan berpindah ke PPS lain.
Tinjauan Bernama di Sri Medan Jaya di sini mendapati kawasan pekan lumpuh dengan laluan yang ada sudah mula dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat dan kereta pacuan empat roda, serta beberapa rumah di Jalan Besar Sri Medan di sini masih ditenggelami air. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.