[VIDEO] 'Banjir terburuk di Segamat, rumah tenggelam'

Iklan
Keadaan beberapa buah rumah penduduk yang ditenggelami air selepas banjir melanda beberapa kampung di Jalan Kuala Paya- Balai Badang.- Foto Bernama.

SEGAMAT - Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah ini disifatkan sebagai terburuk selain meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk yang terjejas selepas barangan rumah rosak akibat bencana itu.

Penduduk Kampung Tengah, Shahila Sahidin, 41 berkata, banjir kali ini menyebabkan rumahnya dinaiki air hampir satu meter pada Rabu.

Iklan
Iklan

Suri rumah itu memandu sendiri kereta bersama empat orang anaknya ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah selepas diarahkan berpindah.

"Ketika saya berpindah ke PPS, suami Mohd Faizal Abu Bakar, 45 bekerja sebagai pemandu bas persiaran. Hujan tidak berhenti sejak beberapa hari selain paras Sungai Segamat yang membimbangkan, menyebabkan penduduk Kampung Tengah diarah berpindah.

Iklan

"Saya memandu kereta bersama empat orang anak berusia empat hingga 15 tahun ke PPS yang terletak tiga kilometer dari rumah kami," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Shahila memberitahu persiapan persekolahan empat orang anaknya masih belum dibeli dan buntu memikirkan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir.

Shahila memangku dua orang anak berusia empat dan tujuh tahun di PPS SJKC Kampung Tengah.

Iklan

"Bimbang fikirkan baju sekolah anak yang belum dibeli. Harap kerajaan dapat bantu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas terutama keperluan persekolahan anak-anak," katanya.

Penduduk, Khamis Omar, 47 berkata, rumahnya di Jalan Pemuda di sini buat pertama kali ditenggelami air dan masih belum menunjukkan sebarang perubahan sejak banjir melanda Rabu lalu.

Jelasnya, tindakan berpindah ke PPS SJKC Kampung Tengah dilakukan selepas paras air Sungai Segamat berdekatan rumah mula menunjukkan peningkatan dan hujan lebat tidak berhenti.

"Ini kali pertama banjir menenggelamkan rumah. Pada petang Rabu, saya dan keluarga abang berpindah ke PPS Kampung Tengah dengan menaiki kereta.

"Semalam, saya dapat pulang tengok rumah, banjir belum surut, air masih paras dada. Belum pernah berlaku kejadian banjir seumpama ini dan keadaannya agak teruk," katanya yang juga OKU yang mengalami masalah pada tangan kanan.

Penduduk Taman Pawama, Mohd Jamali Mohd Nasir, 45 berkata, banjir kali ini agak teruk kerana banyak perkakasan rumah yang tidak dapat diselamatkan rosak akibat ditenggelami banjir.

"Setiap tahun bila musim hujan, air banjir memenuhi kawasan pekarangan rumah sahaja. Tetapi kali ini, rumah dinaiki air dan kami tidak sempat menyelamatkan barang berharga seperti peti sejuk kerana air naik begitu pantas.

"Banyak keperluan rumah yang perlu diganti kerana rosak akibat banjir selain persiapan persekolahan tiga orang anaknya berusia 19 hingga 14 tahun yang perlu dibeli," katanya.


BERITA SEMASA 6 MAC 2023

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Segamat, Johor kali ini disifatkan sebagai terburuk selain meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk yang terjejas selepas barangan rumah rosak akibat bencana itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Penduduk Kampung Tengah, Shahila Sahidin berkata, banjir kali ini menyebabkan rumahnya dinaiki air hampir satu meter pada Rabu.

Suri rumah itu memandu sendiri kereta bersama empat orang anaknya ke PPS SJKC Kampung Tengah selepas diarahkan berpindah.

Artikel: https://bit.ly/3Jd7GMf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian" />