Banjir: Ops khas di kawasan kritikal - MB
Iklan
Keadaan beberapa Jalan Utama yang ditenggelami air terputus hubungan selepas banjir melanda beberapa kampung di Jalan Kuala Paya- Balai Badang ketika tinjauan pada Sabtu. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Operasi khas di kawasan kritikal banjir di negeri ini dijalankan bagi membantu mangsa di kawasan terlibat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau telah memanggil mesyuarat koordinasi gerak kerja bersama pegawai-pegawai Daerah dan agensi-agensi di Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor, malam tadi.
Iklan
Iklan
"Operasi khas di kawasan yang kritikal sedang dan akan diteruskan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Permasalahan dan solusinya juga diputuskan semasa mesyuarat ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.
Beliau berkata memandangkan Johor telah menerima laporan awal dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tentang kemungkinan gelombang baharu susulan amaran hujan lebat tahap bahaya di beberapa daerah, adalah menjadi tekad kerajaan negeri agar persiapan dan penyelarasan sewajarnya dilakukan.
Iklan
Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri serta semua agensi terlibat yang bekerja siang dan malam membantu mangsa banjir.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), Datuk Noh Ibrahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Kesukarelawanan), Datuk On Jabbar@Jaafar serta pegawai-pegawai daerah dan wakil agensi-agensi terlibat.
Iklan
Setakat jam 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 44,860 orang di kesemua 10 daerah di negeri ini dengan Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas dengan 14,030 mangsa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>