Rakyat Johor diminta terus peka dengar arahan pihak berkuasa
Iklan
Onn Hafiz
BATU PAHAT - Kerajaan negeri mengingatkan seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa dan terus menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia susulan perkembangan laporan terkini berhubung luruan monsun terbaharu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu bahawa hujan akan berpanjangan sehingga 5 Mac.
Iklan
Iklan
"Saya mohon semua dapat kongsikan hantaran ini agar maklumat tersebar kepada seluruh warga Johor.
"Amaran hujan di tahap bahaya di daerah Segamat, Kluang, dan Mersing. Manakala cuaca buruk di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Iklan
Onn Hafiz berkata, MetMalaysia juga meramalkan luruan monsun akan berterusan yang menyebabkan hujan lebat berterusan di timur semenanjung, manakala amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan sehingga 6 Mac.
"Hal ini berkemungkinan meningkatkan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur dan berisiko berlakunya limpahan air laut," katanya.
Iklan
Setakat jam 4 petang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 39,476 orang di sembilan daerah di negeri ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>