KWSP umum dividen konvensional 5.35 peratus, syariah 4.75 peratus
Iklan
KWSP umum dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2022.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2022.
Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi simpanan konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah.
Iklan
Iklan
Jumlah pembayaran keseluruhan bagi 2022 adalah RM51.14 bilion iaitu RM45.44 bilion untuk simpanan konvensional dan RM5.70 bilion lagi untuk simpanan syariah
Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP pada Sabtu.
Iklan
Amir Hamzah berkata, pembayaran sebanyak RM51.14 bilion itu akan memberi manfaat kepada lebih 15 juta ahli KWSP termasuk daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan.
Menurutnya, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, KWSP akan terus mengutamakan kejayaan jangka panjang dan membina semula simpanan persaraan ahli.
Iklan
"Pulangan yang kompetitif itu sebahagian besarnya disebabkan oleh strategi menyeluruh KWSP yang menekankan kemampanan pelaburan dan pulangan jangka panjang, selaras dengan Peruntukan Aset Strategik (SAA).
"Portfolio KWSP yang terpelbagai dengan baik dan kecairan yang sihat membantu mengurangkan risiko dan membolehkan dana mengekalkan aset pelaburan melebihi RM1 trilion dan menyampaikan kadar dividen yang dihormati untuk 2022," katanya.
Amir Hamzah berkata,, beliau percaya simpanan persaraan ahli KWSP akan mendapat manfaat daripada dividen dan prestasi konsistennya terutamanya jika dilihat dari perspektif jangka panjang.
"Pada 31 Disember 2022, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar yang lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh turun naik pasaran yang tinggi dan penilaian yang lebih rendah merentas pasaran ekuiti dan pendapatan tetap," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>