Gempa bumi kuat di Tajikistan, gegaran turut dirasai di Xinjiang, China
Iklan
URUMQI - Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang menggegarkan Tajikistan pada pagi Khamis turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dan tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang kerosakan harta benda setakat ini, kata ketua daerahnya, Zapar.