DBKL sita khemah, gerai ditinggalkan tepi jalan

Iklan
DBKL menyita empat gerai serta sebuah khemah perniagaan yang ditinggalkan di tepi dan bahu jalan termasuk laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita empat gerai serta sebuah khemah perniagaan yang ditinggalkan di tepi dan bahu jalan termasuk laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan operasi Tindakan Khas Siri 8/2023 pada Rabu itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Iklan
Iklan

"Bagi siri kali ini, sejumlah tiga buah gerai beroda dan sebuah khemah dialihkan apabila pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia masih ditinggalkan selepas aktiviti perniagaan tamat.

DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan, kesemua peralatan perniagaan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan