Projek ECRL: Selangor akan bela nasib penduduk

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PELABUHAN KLANG - Kerajaan Selangor akan memastikan nasib 89 keluarga yang dijangka terbabit dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terbela.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain 89 keluarga di Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh dekat sini, pihaknya juga mengenal pasti 86 lot kubur yang terkesan bagi laluan projek sama.

Iklan
Iklan

"... Saya pegang janji saya. Kita akan kenal pasti penyelesaian terbaik. Sementara ada masa ini, kita juga kenal pasti kawasan perumahan mana yang dibangunkan, yang mana kita boleh ganti tanah, rumah atau beli rumah dengan kos tertentu,” katanya berucap pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Seri Perantau di sini pada Sabtu.

Laluann ECRL di Selangor melibatkan jajaran sepanjang 90.72 kilometer melalui daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang.

Iklan

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid bahawa Selangor dan Sabah masih belum mengembalikan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Amirudin menegaskan, negeri itu tidak membuat sebarang pinjaman dengan KWAN bagi pembelian vaksin.

Beliau berkata, sebaliknya Selangor menggunakan dana daripada tabung yang dimiliki kerajaan negeri.

Iklan

"Saya rasa ada khilaf tentang itu (kenyataan). Kira-kira RM100 juta kita keluarkan (daripada tabung negeri) dan saya tidak rasa pembelian vaksin itu dibuat menerusi KWAN.

"... yang kita terima adalah wang (peruntukan) daripada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) bagi pengurusan tempat vaksin untuk kita sediakan dewan, makanan dan baik pulih beberapa kemudahan tempat untuk PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan). Ia bukan pinjaman tetapi pemberian daripada MOSTI.

"Masih ada baki RM41 juta (pemberian MOSTI), kita akan pulangkan kepada Kementerian kewangan sebab itu memang peruntukan yang diberikan kementerian dan kita boleh pulangkan," katanya. - Bernama