Tentera Israel tembak lelaki Palestin

Iklan
Tentera Israel tiba di pos pemeriksaan Zaatara.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Seorang lelaki Palestin cedera selepas ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Israel dalam kejadian berhampiran pos pemeriksaan Zaatara di Nablus, semalam.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, tembakan terpaksa dilepaskan selepas lelaki tersebut cuba menyerang askar Israel menggunakan sebilah pisau.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu tiada tentera Israel cedera. - Agensi