Belanda, Australia tunjuk minat melabur di Johor
Iklan
Onn Hafiz (tiga dari kiri) pada majlis pecah tanah Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen di ATB Tanjung Bin, Pusat Petroleum Tanjung Bin, Serkat pada Rabu.
PONTIAN - Belanda dan Australia bakal menjadi negara baharu yang disasarkan melabur di negeri ini, seterusnya mengekalkan Johor sebagai destinasi utama pelaburan di negara ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasil lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura yang berakhir pada Selasa, beberapa syarikat antarabangsa daripada kedua-dua negara ini menunjukkan minat melabur di Johor.
Iklan
Iklan
"Kerajaan Johor gembira dengan maklum balas amat memberangsangkan sewaktu kami bertemu dengan delegasi antarabangsa di Singapura yang menyatakan minat untuk melabur di Johor.
"Pelabur berkenaan turut memuji keupayaan Johor menerusi Invest Johor selain Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah membantu mempercepatkan proses dokumen untuk melabur di Johor," katanya.
Iklan
Onn Hafiz menambah, misi perdagangan ke Belanda dan China akan diadakan kerajaan negeri bagi menarik pelaburan syarikat antarabangsa ke Johor.
Onn Hafiz
"Kerajaan Johor bercadang untuk mengadakan misi pelaburan ke Belanda dalam masa terdekat bagi menarik minat pelabur mereka membuka perniagaan dan datang ke Johor.
Iklan
"Kita turut bercadang ke China dalam masa terdekat kerana ia adalah pasaran yang besar dan penting," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen di ATB Tanjung Bin, Pusat Petroleum Tanjung Bin, Serkat, di sini, pada Rabu.
Pusat Perindustrian Petrokimia dan Maritim Tanjung Bin yang dibangunkan pelabur antarabangsa termasuk dari Belanda dengan modal RM2.4 bilion, ditubuhkan lebih sedekad lalu bagi mentransformasikan selatan Johor menjadi hab minyak dan gas.
Ketika ditanya mengenai sasaran nilai pelaburan pada tahun ini, Onn Hafiz menyasarkan angka pelaburan menyamai nilai yang dicapai pada suku ketiga, tahun lalu iaitu RM63.9 bilion.
"Tahun ini kita harap dapat capai angka pelaburan tahun lalu. Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan tingkatkan keupayaan untuk tarik pelabur.
"Ini kerana pelaburan cukup penting untuk pendapatan negeri dan juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.