Exco Belia Sukan Johor sambut baik pelantikan KJ
Iklan
Mohd Hairi (Gambar kanan :Laporan Sinar Harian pada Rabu.)
JOHOR BAHRU - Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membawa perubahan dalam pembangunan orang muda di negeri ini.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah menyambut baik pelantikan itu.
Iklan
Iklan
"Tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin (KJ) yang baru dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak JDT.
"Saya berharap, berbekalkan pengalaman dan keupayaan dimiliki saudara KJ, beliau dapat memberikan idea dan buah fikiran baharu yang lebih dinamik untuk orang muda Johor serta pembangunan bola sepak khususnya di seluruh Johor," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Mohd Hairi seterusnya menyeru kepada semua belia dan orang muda Johor terus memberikan sokongan bagi membolehkan Khairy dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan baik.
Khairy sebelum ini dilaporkan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak JDT dan Penasihat Belia Johor.
Iklan
Perkara itu diumumkan JDT dalam hantaran terbaharu di laman rasmi media sosialnya, Johor Southern Tigers, pada Rabu.
Pelantikan bekas Ahli Parlimen Rembau dan bekas Ketua Pemuda UMNO itu disifatkan paling tepat berbekalkan pengalaman beliau berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sejak 2013 hingga 2018.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>